Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
Sinar Harian, Nov 15, 2015
WANITA mengandung memerlukan makanan bernutrien tinggi.
Minggu lepas, penulis membincangkan kepentingan makanan yang dipercayai
bermanfaat kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan iaitu air, produk tenusu,
kekacang dan keledek.
Penulis ingin sentuh sedikit mengenai air iaitu sama ada ia dianggap nutrien atau tidak. Sesetengah pakar berpendapat air bukan nutrien sebagaimana vitamin, mineral, lemak, karbohidrat dan protein. Alasan mereka paras air di dalam tubuh melebihi paras bahan lain secara keseluruhan.
Namun, pakar tersebut dipercayai akan setuju apabila dikatakan air diperlukan oleh tubuh manusia pada kadar mencukupi bagi membantu ia menjalankan metabolisme.
Jadi, sesetengah pakar berpendapat air merupakan nutrien perlu (essential nutrient) kerana ia diperlukan pada jumlah melangkaui keupayaan tubuh dalam mengeluarkannya.
Semua tindak balas kimia berlaku dalam air. Air juga memenuhi ruang antara sel-sel dan membantu membentuk struktur molekul besar seperti protein dan glikogen.
Dalam artikel ini, penulis membincangkan beberapa jenis makanan lain yang kaya dengan nutrien dan bermanfaat kepada ibu mengandung.
Kajian menunjukkan kebanyakan orang termasuk wanita hamil kurang mengambil makanan mengandungi omega-3. Omega-3 merupakan nutrien penting untuk wanita mengandung.
Ikan terutama ikan laut dalam mengandungi dua jenis omega-3 rantai panjang yang bermanfaat untuk wanita mengandung iaitu asid dokosaheksanik (DHA) dan asid ekosapentanoik (EPA).
Secara umum kedua-dua omega-3 ini membantu mencegah dan merawat tekanan darah tinggi dan kemurungan bagi wanita mengandung, dan membantu pertumbuhan otak dan tisu bayi dalam kandungan.
Selain DHA dan EPA, ikan tuna juga membekal pelbagai nutrien lain termasuk protein, lemak tepu, kolesterol, riboflavin (vitamin B2), folat (vitamin B9), vitamin K, vitamin B12 dan vitamin A.
Ia juga kaya vitamin D dan niacin (vitamin B3). Salmon juga kaya dengan DHA dan EPA namun harganya jauh lebih mahal dari tuna.
Manfaat ikan
Sesetengah wanita mengandung kurang makan ikan pada kekerapan kurang daripada dua kali seminggu.
Cara mengatasi kekurangan DHA dan EPA kerana kurang makan ikan ialah dengan mengambil suplemen tambahan minyak hati ikan kod (cod liver oil).
Minyak hati ikan kod kaya dengan DHA dan EPA yang dikatakan dapat membantu pertumbuhan otak dan mata bayi. Ia juga kaya dengan vitamin D.
Kajian mendapati pengambilan vitamin D yang rendah dikaitkan dengan peningkatan risiko preeclampsia.
Komplikasi ketika mengandung yang berbahaya ini terdiri daripada beberapa masalah kesihatan iaitu tekanan darah tinggi, kaki/tangan bengkak (edema) dan terdapat protein dalam urin.
Kajian menunjukkan pengambilan minyak hati ikan kod pada peringkat awal mengandung dikaitkan dengan pertambahan berat bayi ketika lahir dan penurunan risiko menghidap penyakit pada masa hadapan.
Satu hidangan (satu camca besar) minyak hati ikan kod menyumbang omega-3, vitamin D dan vitamin A lebih daripada pengambilan harian yang dicadangkan (RDI: recommended daily intake).
Bagaimanapun, pengambilan melebihi satu hidangan (lebih daripada satu camca besar) setiap hari tidak digalakkan kepada vitamin A berlebihan boleh memudaratkan kandungan. Perlu diambil perhatian bahawa paras omega-3 yang tinggi menyebabkan darah terlalu cair.
Kajian menunjukkan kekurangan zat besi pada peringkat awal dan pertengahan mengandung boleh menyebabkan anemia. Ia dikatakan boleh meningkatkan risiko keguguran sebanyak dua kali ganda dan berat bayi rendah apabila lahir.
Kekerapan makan daging (lembu) dikatakan dapat mencegah kekurangan zat besi. Namun begitu sesetengah ibu mengandung mengalami masalah apabila makan daging misalnya mengalami tekanan darah tinggi.
Kerap mengambil makanan yang dimasak dalam kuali besi (kuali hitam) dipercayai sebagai satu daripada cara untuk meningkatkan zat besi. Mengambil buah-buahan kaya vitamin C misalnya betik dan sitrus dapat membantu kecekapan tubuh menyerap zat besi.
Air kacang soya pula menghalang penyerapan zat besi. Sebaliknya kacang soya yang diperam iaitu tempe dan miso membantu penyerapan zat besi. Wanita mengandung harus mengambil air kacang soya secara berpada-pada.
Untuk pengetahuan pembaca budiman, mengambil multivitamin adalah usaha bagi membantu wanita mengandung yang mendapati makanan yang mereka ambil tidak menyumbang paras zat besi yang mencukupi. Antara jenama utama yang biasa dicadangkan oleh doktor ialah jenama ‘P’.
Namun begitu terdapat pelbagai jenama lain yang mungkin sesuai untuk wanita mengandung misalnya jenama dengan singkatan NT (Nutritime, keluaran Kordel).
Ramai yang beranggapan bahan yang terdapat dalam multivitamin adalah serupa pada jenama yang berbeza.
Hakikat yang benar ialah sesetengah jenama multivitamin seperti NT mengandungi bahan yang tidak terdapat pada jenama pesaingnya.
Penulis sendiri mencadangkan multivitamin jenama NT kepada anak sulung penulis apabila doktor mendapati beliau mengalami kekurangan darah ketika mengandung. Doktor hairan ketika mendapati paras zat besi anak penulis meningkat pada bulan berikutnya.
Apabila ditanya jenama apa yang diambil, anak penulis memberitahu doktor jenama yang diambil iaitu NT. Untuk mengetahui kandungan multivitamin jenama NT, sila baca labelnya.
Cegah sembelit
Sayur-sayuran hijau kaya dengan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh wanita mengandung. Antara lain, pengambilan sayuran hijau yang setiap hari membantu mencegah sembelit.
Sayuran pahit seperti sawi dan pucuk betik membantu melancarkan perembesan cecair hempedu yang membantu mencegah sembelit.
Kandungan magnesium dan fiber yang tinggi pada sayuran hijau juga membantu mencegah sembelit. Klorofil yang mengandungi magnesium di bahagian tengah strukturnya menjadikan sayur-sayuran dan daun tumbuh-tumbuhan berwarna hijau.
Selain magnesium dan fiber, sayur-sayuran hijau juga mengandungi vitamin C, vitamin K, beta karotena (provitamin A), kalsium, kalium, zat besi, dan folat.
Kandungan beberapa jenis vitamin, bioflavonoid menjadikan sayur-sayuran hijau sebagai antioksidan berkuasa bagi membantu mencegah stres oksidatif.
Kajian mendapati pengambilan sayur-sayuran hijau membantu mengurangkan risiko berat bayi rendah apabila lahir.
Selain makanan yang dibincangkan dalam artikel minggu lepas dan artikel ini, beberapa makanan lain juga kaya nutrien iaitu buah-buahan, telur, beri dan bijirin tidak ceruh.
TIP: Mengelakkan makan makanan dan buah-buahan yang terlalu manis dan mengambil makanan berkarbohidrat pada kadar sederhana bersama lelemak sihat (keju, lepa susu asli, minyak sapi, santan) serta protein mencukupi akan melambatkan pelepasan glukos. Ia membantu mudah kenyang dan cegah diabetes.
BAHRAIN SAMAH
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan,V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawatan Dengan Herba - Cegah Demam & Flu
Artikel ini terbit dalam Sinar Harian kertas/atas talian pada Nov 15, 2015

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.