Selamat Datang ke Blog Science Info 365

Posting baru akan dimuat naik dari masa ke masa... Terimakasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Admin

Tuesday 24 November 2015

Multivitamin: Selamat & berkesan?


Bahrain Samah, MD (AM) RH (AHG)

Diet dan nutrien wanita mengandung


Faktor makanan mempengaruhi tahap kesihatan ibu dan tumbesaran bayi. - Gambar hiasan
Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AHG)

Monday 23 November 2015

Herba antibiotik mujarab & selamat


Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
Daun neem efektif redakan infeksi virus dan bakteria.

Penambah perisa MSG pembunuh senyap?


Halia bersifat memelihara saraf daripada kesan ketoksikan MSG
Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AHG )

Alzheimer: Hanya empat camca teh minyak kelapa





Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG )




SEORANG doktor wanita, Dr Mary Newport bertugas sebagai pengarah perubatan unit rawatan rapi bayi yang baru dilahirkan di sebuah hospital di Florida sejak 2003.

Pada tempoh yang sama, ketika unit tempat beliau bertugas dibuka, suami beliau yang ketika itu berumur 53 tahun mula mengalami dementia iaitu sejenis penyakit dengan gejala masalah memori dan personaliti.

Selepas didiagnosis beliau didapati menghidap alzheimer. Menurut Dr Newport, beliau menjadi pelupa selama beberapa hari berturut-turut. Beliau tidak menjumpai sudu atau mengingati untuk mendapatkan air dari peti sejuk.

Pada peringkat awal, rawatan yang dijalani oleh suami Dr Newport adalah dalam bentuk ubat-ubatan moden seperti Aricept, Namenda dan Exelon.

Malang sekali, penyakit yang dialaminya semakin parah. Setelah Dr Newport tidak berjaya untuk menyertai ujian ke atas ubatan baru penyakit alzheimer, beliau mula mencari mekanisme penyakit alzheimer.

Ramai tidak tahu (barangkali sebahagian besar doktor juga) bahawa kajian terkini mendapati pelbagai ubat-ubatan moden untuk merawat alzheimer langsung tidak memberangsangkan - tahap kebaikan yang mengecewakan dan kesan sampingan yang buruk.

Medium-chain trigyseride

Berdasarkan kajian sains, Dr Newport mendapati sesetengah saintis percaya bahawa penyakit alzheimer berpunca daripada ketidakupayaan otak untuk memproses glukos lalu menyebabkan kematian sel otak.

Apabila tubuh kita kekurangan glukos ia akan secara automatik membina ketona. Tubuh kita membina ketona dari trigliserida rantai sederhana (medium-chain trigyseride, MCT) seperti yang terdapat dalam minyak kelapa.

Makan makanan tinggi lemak serta tanpa karbohidrat akan menyebabkan tubuh membina ketona. Ia merupakan diet ketonik (ketonic diet) yang keterlaluan kerana ia tidak mengandungi karbohidrat.

Namun terdapat cara yang mudah tanpa bersusah payah menjalani diet ketonik yang barangkali terdiri daripada makanan berlemak yang tidak menyelerakan, terutama apabila diambil untuk jangka panjang.
Mengambil minyak kelapa adalah cara yang mudah tanpa perlu mengubah diet sedia ada.

Apabila trigliserida rantai pendek yang terdapat dalam minyak kelapa dicerna, hati akan mengubahnya kepada beberapa jenis ketona.

Ramai orang tidak tahu bahawa beberapa minggu kehidupan awal bayi yang baru lahir sebenarnya bergantung kepada ketona. Ia membekal 25 peratus tenaga untuk kehidupan bayi.

Susu ibu kaya dengan kandungan asid laurik iaitu lemak tepu kuantiti tertinggi yang terdapat dalam minyak kelapa dan santan kelapa.

Dr Newport mendapat tahu daripada penyelidikan yang dilakukannya (melalui pembacaan) bahawa bahan dalam ujian ubatan penyakit alzheimer yang didapati amat berkesan sebenarnya ialah trigliserida rantai pendek yang didapati daripada minyak kelapa atau minyak isi rong kelapa sawit.

Dos yang digunakan dalam ujian ialah 20 gram iaitu lebih kurang 20 mililiter atau empat camca teh.

Rawat pelbagai penyakit

Kajian terkini mendapati ketona yang dibina oleh tubuh dari trigliserida rantai pendek setelah menjalani metabolisme bukan sahaja mengelakkan seseorang daripada mengalami alzheimer malah membantu memulihkanseseorang yang mengalaminya.

Selain itu, ia juga dipercayai berpotensi untuk merawat penyakit parkinson, huntington, multiple sclerosis, penyakit Lou Gehrig, epilepsi kebal ubat, diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2.
Suami Dr Newport mengambil minyak kelapa dengan kekerapan dua kali sehari.

Pada peringkat awal beliau tidak mampu untuk melakar sebuah jam. Selepas dua minggu menjalani rawatan menggunakan minyak kelapa, lakaran jam beliau semakin bertambah baik.

Selepas 37 hari, lakaran suami Dr Newport menjadi bertambah sempurna. Minyak kelapa yang diambilnya dipercayai mengalih kabus daripada otaknya.

Pada hari ke-60, suami Dr Newport telah mengalami perubahan yang amat menarik.
Setiap pagi beliau berasa sensitif akan keadaan sekeliling dan gembira. Beliau mula banyak bercakap dan buat kelakar. Bahagian anggota yang menggigil semakin kurang kelihatan.

Beliau mula menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan yang beliau ingin lakukan dan terus melakukan perbuatan yang sedang dilakukan.

Sebelum rawatan minyak kelapa perhatian beliau mudah terganggu. Beliau jarang dapat melakukan atau menghabiskan sesuatu perbuatan kecuali jika dibantu.

Selepas setahun, sifat pelupa beliau semakin berkurangan. Beliau boleh berlari.
Selain itu pembacaan beliau semakin bertambah baik.

Memori jangka pendek juga bertambah baik. Imbasan menggunakan mesin magnetic resonance imaging terbaru menunjukkan proses kerosakan otak yang beliau alami selama ini telah berhenti sama sekali.

Apakah sebenarnya yang berlaku di sini?

Ubat-ubatan yang dipatenkan bagi merawat penyakit alzheimer semuanya gagal.
Trigliserida rantai sederhana seperti yang terdapat dalam minyak kelapa dan minyak isi rong kelapa sawit tidak boleh dipatenkan.

Namun sebuah syarikat pengeluar ubatubatan moden telah berusaha menggunanya dalam ujian yang diselia oleh FDA. Ia didapati berkesan.

Seorang doktor yang pintar iaitu Dr Newport telah menggunakan minyak kelapa setelah menggunakan pelbagai ubat-ubatan mahal yang tidak berkesan malah menjadikan penyakit alzheimer yang dialami suaminya semakin parah.

Penulis ingin berkongsi sesuatu yang semua pembaca perlu tahu iaitu ketona yang dibina oleh tubuh dari minyak kelapa semula jadi tahan lebih lama berbanding dari versi ubatan.

Ketona dibina daripada minyak kelapa  tahan selama lapan jam, sebaliknya ketona yang dibina daripada versi ubatan hanya bertahan tiga jam.

Nenek moyang kita menggunakan santan dalam masakan tanpa pernah bimbang dengan kenaikan paras kolesterol.

Mereka menggoreng menggunakan minyak kelapa yang dibuat sendiri tanpa bimbang dengan sakit jantung koronari di mana hari ini ia dikaitkan dengan  pengambilan makanan tinggi kolesterol dan lemak tepu.

Keburukan lemak tak tepu
Hakikatnya ialah lemak tepu ialah lemak yang menyihatkan. Ia tidak mudah teroksida berbanding minyak kaya lemak tak tepu (kerana mengandungi ikatan ganda dua).

Lemak tepu mengukuhkan struktur membran sel dan seterusnya menjaga keutuhan pelbagai jenis reseptor dan laluan ions.

Sebaliknya struktur lemak tak tepu yang bengkok akan menjadikan struktur membran sel tidak kukuh dan seterusnya mengganggu fungsi (mungkin juga mengurangkan bilangan, istilah bahasa Ingeris: down regulate) reseptor dan laluan ion.

Dengan menggunakan ilmu biokimia, ilmu mengenai kaitan jenis lemak dan keutuhan membran sel di atas dapat dikaitkan dengan perawatan atau pembentukan pelbagai penyakit.
Minyak kelapa terbaik untuk merawat penyakit alzheimer dan penyakit lain ialah minyak kelapa dara.

Minyak kelapa dara disediakan dengan proses pemeraman dikatakan lebih baik dari beberapa segi berbanding dengan yang disediakan dengan dimasak.

Untuk mengetahui berita lanjut mengenai kisah Dr Newport merawat suaminya sila lawati HYPERLINK http://www.coconutketones.com/.

 http://scienceinfo365.blogspot.my/2015/11/hanya-empat-camca-teh-minyak-kelapa.html

Bakteria kebal antibiotik






APABILA terdedah kepada antibiotik bakteria bermutasi untuk kelangsungan hidup diri dan generasi seterusnya.
 
Sesetengah doktor dikhuatiri masih mengekalkan pempreskripsian antibiotik kepada penghidap demam, sungguhpun pihak berkuasa kesihatan telah mencadangkan ia hanya untuk penghidap yang mengalami infeksi bakteria dan dipreskripsi secara bijak.

Setelah mengambil antibiotik beberapa kali dengan sukatan berdasarkan preskripsi, sesetengah penghidap demam dikatakan mengalami tempoh demam lebih pendek dan simptom yang mengiringi suhu tubuh tinggi juga reda pada kadar lebih pantas. Antibiotik sebenarnya tidak sesuai untuk dipreskripsi kepada penghidap demam selesema atau flu. 

Walaupun tidak dinafikan infeksi bakteria tertentu boleh menimbulkan simptom seakan-akan demam selesema atau flu, namun pada kebanyakan keadaan kedua-dua penyakit itu dipercayai berpunca daripada infeksi virus terutama jika penghidap didiagnosis dengan teliti.

Paracetamol yang kurang kesan sampingan buruk berbanding antibiotik dikatakan merupakan antara ubatan yang biasa dipreskripsi kepada penghidap demam bertujuan membantu menurunkan suhu badan dan dan mengurangkan kesakitan misalnya yang berpunca daripada sengal seluruh tubuh, sengal sendi dan sakit kepala.

Simptom seperti batuk dan selesema pula diatasi dengan mengambil ubat batuk dan thymol (beberapa titik dilarutkan dalam air panas dan wap disedut).


Antibiotik pertama

Penisilin ialah antibiotik pertama ditemui Alaxander Fleming daripada kultur kulapuk penicilleum secara tidak sengaja. Untuk pengetahuan pembaca budiman, kulapuk penicilleum boleh didapati membiak dengan mudah pada kulit oren dan roti terdedah dan terbiar lama dengan sifat berbulu halus berwarna kebiruan atau kehijauan.

Hari ini terdapat lebih daripada 100 jenis antibiotik yang dipreskripsi oleh doktor perubatan moden untuk merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit berpunca daripada infeksi yang boleh menyebabkan kematian. Namun, penggunaan antibiotik secara kerap dikatakan boleh menimbulkan antimicrobial resistance (AMR). Ia adalah suatu keadaan di mana bakteria kebal kepada antibiotik.

Sehubungan dengan itu, kekerapan penggunaan antibiotik methicillin dikatakan boleh menyebabkan suatu keadaan dikenali sebagai Staphylococcus aureus kebal methicillin (MRSA: Methicillin-resistant Staphylococcus aureus). Untuk pengetahuan pembaca budiman, methicillin ialah antibiotik beta-lactam spektrum sempit (narrow-spectrum β-lactam antibiotic) merupakan antibiotik kelas pensilin.

Pada 2005, nama methicillin diubah kepada meticillin berdasarkan garis panduan International Pharmacopoeia.Selain kebal kepada antibiotik kelas penisilin, MRSA juga dikatakan kebal kepada beberapa antibiotik termasuk oxacillin dan amoxilin. HA-MRSA pula kebal kepada tetracycline, erythromycin dan clindamycin.  

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, tidak semua penyakit memerlukan antibiotik khususnya disebabkan virus. Jika salah penggunaannya, ia akan menimbulkan risiko kes Antimicrobial Resistance (AMR).

Terdapat pesakit yang sukar sembuh selepas mengambil antibiotik tertentu kerana tubuhnya imun (penulis: kebal) terhadap antibiotik itu tersebut ketika penyakitnya tidak memerlukan antibiotik.

Tambah beliau, AMR bukan sahaja dihidapi oleh pesakit di Unit Rawatan Rapi malah oleh pesakit luar yang mengunjungi klinik. Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mendesak doktor untuk mempreskripsikan antibiotik dan mengatakan  doktor itu ‘tak bagus’ jika enggan melakukan demikian.

Pada keadaan yang amat memerlukan pula, doktor pula disarankan akan mempreskripsikan antibiotik berkeupayaan paling rendah. Jika, didapati tidak sesuai baharulah antibiotik yang lebih berkuasa dipreskripsi.

Untuk berita penuh sila baca berita berjudul Silap pengambilan antibiotik, berdepan risiko AMR dalam Sinar Harian atas talian bertarikh September 30, 2014.  

Saranan tidak mempreskripsikan antibiotik kepada penghidap demam selesema atau flu serta mempreskripsikan apabila mendapati pesakit menghidap penyakit berpunca daripada infeksi bakteria tersebut boleh dikatakan oleh pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia.

Negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia menyampaikan maklumat penggunaan antibiotik dengan MRSA melalui Center for Disease Control, dan National Health Services.

Terdapat beberapa jenis bakteria yang dikatakan mudah membentuk kekebalan terhadap antibiotik. Ia termasuk bakteria yang terdapat dalam makanan seperti E. coli, Salmonella dan Campylobacter yang menyebabkan gastroenteritis dan diarea.

Begitu juga dengan streprococci yang menyebabkan pneumonia yang dikatakan kebal terhadap penisilin dan derivatifnya. Bakteria yang menyebabkan tuberculosis (TB) dan gonorea juga dikatakan mudah untuk membentuk kekebalan terhadap antibiotik.

Penggunaan antibiotik sama ada kelas penisilin (antibiotik paling banyak dipreskripsi) atau kelas lain secara kurang bijaksana dikhuatiri lambat-laun akan membentuk kekebalan antibiotik. 

Pembentukan MRSA berpunca daripada penggunaan methicillin telah disebutkan di atas. Penggunaan Vancomycin iaitu antibiotik spectrum luas yang paling berkuasa pula dikaitkan dengan pembentukan Enterococci kebal Vancomycin’ (VRE: Vancomycin-resistant Enterococci).

Vancomycin dikatakan biasa dipreskripsi kepada pesakit yang mengalami infeksi kulit yang rumit, infeksi saluran darah, endocarditis, infeksi tulang, infeksi sendi dan meningitis. Ia juga dipreskripsi kepada pesakit yang mengalami MRSA atau mengalami alahan apabila mengambil antibiotik kelas penisilin.


Tidak tepat  

Pada pandangan penulis penggunaan istilah Antimicrobial Resistance Antibiotic bukan istilah yang tepat untuk mengaitkan kekebalan bakteria terhadap penggunaan antibiotik.

Ia kerana istilah mikrob merujuk kepada beberapa jenis mikroorganisma termasuk virus, bakteria, kulat (misalnya Candida Albicans) dan parasite (misalnya Plasmodium falciparum yang menyebabkan malaria).

Setakat ini, pengambilan antibiotik tidak diketahui membentuk kekebalan terhadap mikrob selain bakteria iaitu virus dan kulat. Jadi, istilah Antibiotic Resistance Bacteria (bakteria kebal antibiotik) mungkin jauh lebih tepat berbanding dengan MRA.


Pembentukan kekebalan bakteria terhadap antibiotik berpunca dari pelbagai sebab. Ia termasuk tekanan selektif (proses evolusi untuk meneruskan kehidupan), mutasi, pemindahan gen (dari bakteria ke bakteria lain), tekanan masyarakat (societal pressure iaitu pelbagai jenis tekanan yang berlaku sepanjang masa), diagnosis tidak tepat, preskripsi/penggunaan antibiotik secara kurang bijaksana, masuk hospital dan penggunaan antibiotik pada haiwan dipelihara secara komersil (makanan dan suntikan).


*Bersambung minggu hadapan

Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
Herbalis profesional bertaraf dunia, Juru runding dan pendidik nutrisi holistik.


 http://scienceinfo365.blogspot.my/2015/11/bakteria-kebal-antibiotik.html