Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
Daun neem efektif redakan infeksi virus dan bakteria. |
Sinar Harian, Julai 12, 2015
INFEKSI MRSA ialah infeksi bakteria Staphyloccus yang
kebal terhadap antibiotik methicillin. Tanda-tanda awal seseorang
mengalami infeksi MRSA ialah cellulitis (radang tisu penghubung di bawah
kulit),
benjolan seakan-akan bisul dan kudis bernanah.
benjolan seakan-akan bisul dan kudis bernanah.
Infeksi MRSA yang tidak dirawat dengan sempurna atau penghidap tidak
bertindak-balas terhadap antibiotik yang dipreskripsi menyebabkan
bakteria staphyloccus yang kebal kepada pelbagai jenis antibiotik
dikatakan boleh menyebabkan penghidap mengalami komplikasi dalam bentuk
kegagalan organ sistem.
Maksud organ sistem ialah organ dalam pelbagai jenis sistem tubuh.
Maksud organ sistem ialah organ dalam pelbagai jenis sistem tubuh.
Komplikasi infeksi MRSA dikatakan boleh berlaku kepada hampir kesemua
organ sistem yang akan menyebabkan kegagalan organ secara kekal dan juga
kematian. Komplikasi yang menimbulkan tahap kesihatan negatif dan
membawa maut kepada penghidap termasuk endocarditis (keradangan bahagian
dalam jantung misalnya injap), infeksi buah pinggang, infeksi paru-paru
(pneumonia), necrotizing fasciitis (kerosakan fiber tisu yang
kebanyakan terdiri dari kolagen), osteomyalitis (radang tulang atau
sum-sum) dan sepsis (tisu dipenuhi bakteria dan toksinnya).
CA-MRSA iaitu infeksi yang didapati dari komuniti dikatakan menimbulkan
komplikasi yang rendah berbanding HA-MRSA (jangkitan dari hospital atau
akibat menerima rawatan perubatan moden). Rawatan HA-MRSA dikatakan
biasanya menggunakan vancomycin yang digabungkan dengan beberapa jenis
antibiotiK lain dalam bentuk suntikan.
CA-MRSA biasanya dirawat sebagai pesakit luar dengan antibiotik yang
dimakan atau disapu. Namun begitu, sesetengah CA-MRSA misalnya
pneumonia biasanya memerlukan beberapa jenis antibiotik yang sesuai
melalui suntikan.
Jangkitan
Bagaimana MRSA tersebar? Ia boleh tersebar melalui sentuhan kulit
penghidap infeksi MRSA serta pakaian atau peralatan yang digunakannya.
Dalam artikel minggu lepas penulis menyatakan pengguna sebarang jenis
antibiotik dipercayai mendedahkan seseorang kepada risiko antibiotic
resistance bacteria (bakteria kebal antibiotic).
Penulis juga sebutkan penggunaan vancomycin iaitu antara antibiotik
terkuat yang biasa digunakan untuk merawat MRSA juga boleh menimbulkan
kekebalan antibiotik kepada bakteria.
Di Amerika Syarikat, Carbapenem-resistant Enterobacteriaceae (CRE)
iaitu bakteria jenis enterobakteria yang kebal antibiotik carbapenem
telah dikesan sejak beberapa tahun lalu.
Simtom-simtom CRE tidak spesifik namun beberapa keadaan yang dihidapi seseorang menyebabkan doktor mengesyaki infeksi CRE.
Simtom-simtom CRE tidak spesifik namun beberapa keadaan yang dihidapi seseorang menyebabkan doktor mengesyaki infeksi CRE.
Keadaanyang dimaksudkan ialah organism yang diasingkan didapati kebal
antibiotik, pneumonia teruk, infeksi urinari trek yang teruk, demam
panas melampau, sepsis dan kejutan sepsis (septic shock). Kadar kematian
akibat infeksi CRE ialah 40-50 peraus.
Sebahagian besar infeksi MRSA dikatakan dirawat menggunakan gabungan
lebih dari dua jenis antibiotik. Antibiotik yang biasa digunakan
termasuk antara lain vancomycin, linezolid, rifampin,
sulfamethoxazole-timethoprim. Antibiotik mupirokin biasa difunakan untuk
sapuan pada kulit yang mengalami infeksi kulit.
Jika MRSA membentuk kekebalan terhadap antibiotik tersebut maka
penghidap infeksi MRSA terdedah kepada kerosakan organ sistem. Pada
tahap ini pada pandangan penulis, inflamasi dan kerosakan organ sistem
bukan sahaja disebabkan oleh serangan bakteria staphylococcus malah oleh
antibiotik-antibiotik yang digunakan untuk rawatan!
Rawatan perubatan moden yang diaplikasi di hospital dan klinik seluruh
dunia memang tidak dinafikan menggunakan ubat-ubatan terhasil daripada
teknologi canggih. Namun dari beberapa segi, ubat-ubatan yang
dipreskripsi misalnya antibiotik dikatakan menimbulkan kesan negatif
iaitu bakteria membentuk kekebalan kepada antibiotik yang dipreskripsi.
Punca utama mengapa bakteria membentuk kekebalan terhadap antibiotik
ialah sebatian kimia yang terdapat pada setiap antibiotik hanya terdiri
dari satu bahan kimia. Sifat ini amat berbeza dengan antibiotik
semulajadi (istilah paling tepat ialah bahan yang dicipta oleh ALLAH
SWT) seperti neem, thyme, kayu manis dan bawang putih.
Setiap herba tersebut bukan sahaja mengandungi fitokimia bersifat
antibiotik malah mengandungi pelbagai fitokimia yang dipercayai merencat
mutasi bakteria untuk membentuk membentuk kekebalan.
Namun begitu, penggunaan antibiotik ciptaan ALLAH biasanya hanya diamalkan oleh pengamal perubatan alternative dan orang awam yang memiliki ilmu mengenai sifat terapeutik herba.
Namun begitu, penggunaan antibiotik ciptaan ALLAH biasanya hanya diamalkan oleh pengamal perubatan alternative dan orang awam yang memiliki ilmu mengenai sifat terapeutik herba.
Orang dulu-dulu apabila mendapati diri mereka menghidap demam selsema
akan mengambil bawang putih. Bawang putih yang tidak dibuang kulitnya
dipanggang hingga isinya bertukar agak keheningan. Isi bawang putih
dimakan setelah dibuang kulit. Sukatan yang biasa digunakan ialah antara
2-3 ulas untuk orang dewasa.
Dalam kes merawat demam selsema di atas bawang putih menawarkan
pelbagai sifat terapeutik termasuk bertindak sebagai antivirus,
antibakteria, antikeradangan dan antispasm (anti-kejang).
Fitokimia
Fitokimia bersifat antivirus: ajoene, allicin, asid kaffeic, citral,
diallyl-disulfide, diallyl-trisulfide, asid ferulic, quercetin dan asid
chlorogenic. Yang bersifat antibakteria: alliin, allistatin-1,
allistatin-2, alfa-phellandrene, asid caffeic, citral,
diallyl-disulfide, diallyl-sulfide, diallyl-tetrasulfide,
diallyl-trisulfide, asid ferulic, geraniol, asid p-coumaric, quercetin,
asid p-hidroxy benzoic, rutin.
Sifat antikeradangan dimiliki oleh: ajoene, allicin, asid caffeic, asid
chlorogenic, citral, asid ferulic, kaempferol, asid oleanolic,
quercetin, quercetin-3-o-beta-d-glucoside, dan rutin. Terdapat pelbagai
fitokimia dalam bawang putih yang memiliki sifat mengharmoni sistem
imiun (immunostimulant).
Adenosin, kaempferol, quercetin, rutin, asid kaffeic, citral, asid
ferulic, geraniol. asid p-coumaric dan phloroglucinol pula bersifat
antispasm.
Senarai herba dipercayai mustajab meredakan demam selsema dan flu boleh
didapati dengan membaca buku penulis berjudul Rawat dengan Herba-Cegah
Demam & Flu tetbitan Alaf 21.
Selain neem, sebahagian besar herba yang digunakan untuk meredakan demam selsema dan flu terdiri dari herba rempah atau digunakan sebagai rencah makanan. Kebanyakan herba bersifat antivirus yang disenaraikan dalam buku tersebut adalah juga bersifat antibakteria.
Sifat antibakteria yang terdapat dalam sesuatu herba bagi meredakan
selsema atau flu penting bagi mengatasi simtom-simtom tertentu misalnya
batuk atau pneumonia berpunca dari infeksi sekunder yang kadang-kadang
akibat serangan bakteria.
Kesimpulannya ialah tidak rugi jika anda menggunakan bahan-bahan
seperti herba yang dicipta ALLAH sesuai dengan fisiolgi manusia untuk
merawat demam selsema dan flu.
Ia kerana walau pun mengandungi fitokimia bersifat antibakteria, penggunaannya tidak akan menyebabkan pembentukan bakteria kebal herba!
http://scienceinfo365.blogspot.my/2015/11/herba-antibiotik-mujarab-selama.html
Ia kerana walau pun mengandungi fitokimia bersifat antibakteria, penggunaannya tidak akan menyebabkan pembentukan bakteria kebal herba!
http://scienceinfo365.blogspot.my/2015/11/herba-antibiotik-mujarab-selama.html
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.