Faktor makanan mempengaruhi tahap kesihatan ibu dan tumbesaran bayi. - Gambar hiasan |
Sinar Harian, November 8, 2015
NUTRIEN sempurna merupakan kunci memulihara tahap kesihatan fizikal, psiko-emosi dan kerohanian cemerlang.
Terdapat perbezaan antara diet dan nutrisi atau pemakanan yang kurang diketahui sesetengah orang. Diet ialah makanan yang kita makan manakala nutrisi ialah proses pengambilan nutrien makanan yang dimakan.
Nutrien ialah bahan yang membantu tubuh membina tenaga, membina/memulihara tisu dan mengawal pelbagai proses biokimia dalam tubuh. Umumnya, makanan berbeza memiliki kuantiti dan nilai nutrien berbeza.
Nutrien perlu (essential nutrient) ialah nutrien asas diperlukan setiap orang. Ia terbahagi enam: karbohidrat, lipid, protein, air, vitamin dan mineral. Nutrien karbohidrat, lipid dan protein merupakan sumber tenaga tubuh yang dikategorikan sebagai nutrien makro.
Biasanya tubuh memilih karbohidrat untuk menjana tenaga kerana ia paling tersedia apabila diperlukan. Lipid dan protein diperlukan untuk pembinaan dan pemuliharaan membran sel.
Asid amino daripada protein diperlukan untuk membina/memulihara transmitter (pengisyarat), reseptor, tisu penghubung, enzim, dan DNA.
Fungsi kolesterol
Kolesterol ialah sejenis lipid. Ia digunakan tubuh untuk menyangga bagi mengukuhkan membran sel. Ia ialah prekursor (bahan awal sintesis) vitamin D, bilirubin serta hormon reproduktif lelaki dan wanita. Ia bersifat antioksidan. Sebahagian besar saintis, pakar nutrisi dan doktor menganggap kolesterol sebagai nutrien tidak perlu (nonessential nutrients).
Mereka percaya pengambilan makanan mengandungi kolesterol dan lemak tepu menyebabkan peningkatan paras jumlah kolesterol dalam tubuh. Sebahagian saintis pula percaya makanan berlemak tepu tidak memberi kesan kepada paras kolesterol tubuh.
Peningkatan paras kolesterol dalam tubuh bukan berpunca daripada makanan berkolesterol tetapi daripada paras radikal bebas tinggi dalam tubuh yang akan menyerang komponen sel dan menyebabkan kerosakan misalnya pada membran sel. Kolesterol bersifat antioksidan dihantar dari hati dalam bentuk LDL untuk meneutralkan radikal bebas dan mengukuhkan membran sel. Ujian darah akan menunjukkan peningkatan paras kolesterol!
Radikal bebas tidak terkawal boleh berpunca sering makan berlebihan, banyak makanan berkarbohidrat, bergula tinggi dan stres emosi. Ia dipercayai berpunca daripada detoksifikasi terganggu misalnya banyak makan ubatan moden pada jangka panjang, kurang/tidak mengambil makanan berantioksidan dan sering makan makanan bergoreng secara terendam lama.
Sesetengah pakar nutrisi memasukkan air ke dalam kumpulan nutrien makro kerana ia diperlukan pada jumlah besar. Terdapat juga saintis memasukkan ke dalam kategorinya yang tersendiri. Vitamin dan mineral yang tergolong dalam mikronutrien kerana ia diperlukan pada kuantiti rendah merupakan nutrien perlu yang tidak berkalori. Walaupun tidak berkalori, vitamin tertentu membantu membina tenaga. Begitu juga dengan mineral magnesium dan manganese.
Vitamin dan mineral diperlukan untuk pelbagai tindak balas biokimia. Vitamin dan mineral tertentu bertindak sebagai antioksidan dengan meneutralkan radikal bebas - mencegah kerosakan komponen sel termasuk DNA.
Beberapa dekad kebelakangan, fitokimia iaitu sebatian kimia dalam tumbuh-tumbuhan dikategorikan dalam kumpulan nutrien mikro. Pengambilan diet sesuai amat penting ketika mengandung di mana tubuh memerlukan pelbagai nutrien tambahan termasuk vitamin dan mineral.
Seseorang wanita mengandung memerlukan antara 350-500 tambahan kalori ketika trimester kedua dan ketiga. Beberapa kajian menunjukkan kekurangan nutrien penting memberi kesan negatif kepada ibu mengandung dan pembentukan janin. Memilih makanan sihat serta nilai nutrien yang baik dikatakan boleh membantu wanita mengandung dan bayi dalam kandungan mengalami tahap kesihatan cemerlang.
Berikut beberapa makanan yang dipercayai membekal nutrien bermanfaat kepada wanita mengandung. Tahukah anda ketika mengandung, isi padu darah meningkat kepada 1.5 liter? Jadi, ibu mengandung harus minum air secukupnya untuk mengekalkan hidrasi.
Janin juga perlukan air mencukupi untuk kelancaran penerimaan dan penggunaan nutrien. Ibu mengandung yang mengalami kekurangan air mudah terdedah kepada kenaikan suhu badan melampau. Ia akan menyebabkan kerosakan tiub neuron (neural tube) dan bayi mengalami spina bifida.
Kajian menunjukkan kekurangan bendalir tembuni pada peringkat awal dan akhir mengandung boleh menyebabkan kerosakan janin dan keguguran. Ia juga boleh menyebabkan kesukaran melahirkan bayi.
Simptom kekurangan air tahap sederhana ialah sakit kepala, resah, lesu, mood kurang baik dan memori terganggu. Secara umum, minumlah 2 liter air sehari untuk mengekalkan hidrasi.
Wanita mengandung memerlukan protein dan kalsium tambahan yang boleh didapati dengan mengambil produk tenusu. Produk tenusu membekal dua jenis protein berkualiti iaitu casein dan dadih susu (whey). Yogurt atau susu masam pula mengandungi paras kalsium tinggi dan bakteria probiotik.
Kajian menunjukkan mengambil probiotik ketika mengandung boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi seperti preeclampsia, diabetes dan alahan. Presclampsia merujuk kepada tekanan darah tinggi kadang-kadang disertai edema dan urin tinggi protein ketika mengandung.
Kekacang dan folat
Mengambil pelbagai jenis kekacang (legumes) juga adalah langkah bijak ketika mengandung kerana kajian menunjukkan wanita mengandung kurang mengambil makanan mengandungi folat (vitamin B9). Ia membekal beberapa jenis nutrien iaitu fiber, protein, zat besi, folat dan kalsium.
Pengambilan folat ketika mengandung membantu memulihara kesihatan si ibu dan tumbesaran janin normal terutama di trimester pertama. Untuk janin/bayi, ia mengurangkan risiko kecacatan termasuk berpunca daripada kerosakan tiub neuron dan kekurangan berat. Ia juga membantu mengurangkan peluang mengalami infeksi dan penyakit selepas dilahirkan dan masa hadapan.
Berdasarkan kajian, wanita mengandung dicadangkan menambah pengambilan vitamin A sebanyak 10 – 40 peratus. Keledek kaya dengan beta karotena yang akan diurai kepada vitamin A di dalam tubuh. Vitamin A amat penting untuk proses tumbesaran.
Keledek mengandungi fiber yang membantu mudah kenyang, melambatkan pelepasan glukos (cegah diabetes) dan memperbaiki penghadaman.
*Bersambung minggu hadapan
http://scienceinfo365.blogspot.my/2015/11/diet-dan-nutrien-wanita-mengandung.html

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.